Diterbitkan Operasi tambah ayat lazim

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3 Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Penambahan nombor dua digit dengan dua digit menggunakan ayat lazim dengan hasil tambah 10 hingga 50 (tanpa mengumpul semula) adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat menambah dengan betul 8 daripada 10 soalan operasi tambah matematik ayat lazim dengan hasil tambah 10 hingga 50.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pernah menyelesaikan operasi tambah melalui permainan congkak. Dapat melaksanakan operasi tambah satu digit dengan satu digit.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid diterangkan kaedah pengiraan operasi tambah ayat lazim iaitu; a. Kenalpasti sa dan puluh. b. Tambah digit-digit sa. Tulis jawapan di rumah sa. c. Tambah digit-digit puluh. Tulis jawapan di rumah puluh. 2. Murid juga diberi peluang bermain gelung getah agar berlaku pengiraan secara tidak langsung. Selain itu, lembaran kerja disediakan agar murid boleh menyelesaikan masalah berkaiatan operasi tambah berkenaan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja, kad nombor, kad gambar, power point, gelung getah.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Mendengar lagu berkenaan nombor daripada power point.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid di tunjukkan satu contoh matematik ayat lazim satu digit dengan satu digit untuk di selesaikan oleh murid bersama guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan kad operasi tambah ayat lazim kepada murid. Guru menyatakan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan operasi tambah ayat lazim dua digit dengan dua digit.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid di tunjukkan dua nombor dua digit. Kemudian guru bertanya berapakan jumlah yang akan di peroleh apabila kedua-dua nombor ini di tambah. 2. Guru meletakkan nombor dua digit tersebut dalam kedudukan matematik ayat lazim. Guru menunjukkan cara pengiraan dengan memulakan penjumlahan di sebelah rumah sa terlebih dahulu kemudian di susuli dengan rumah puluh. 3. Murid diberi peluang menyelesaikan masalah operasi tambah dengan dibimbing oleh guru.
Langkah Kedua
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. 2. Guru menunjukkan cara untuk bermain baling gelung getah. 3. Murid bergilir-gilir membaling getah. Getah yang bertindih akan di bawa keluar dan di miliki oleh murid yang membalingnya. 4.Pada akhir permainan murid akan mengira jumlah kutipan getah yang di perolehi.
Langkah Ketiga
1. Murid di tunjukkan power point operasi tambah ayat lazim. 2. Murid menyelesaikan operasi tambah ayat lazim menggunakan power point. Murid membuat pengiraan di kertas kosong dan memilih jawapan pada power point interaktif.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid di tunjuk cara untuk menjawab soalan bagi matematik ayat lazim. 2. Murid menjawab soalan matematik ayat lazim di lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Untuk murid yang dapat menyelesaikan 8 daripada 10 betul, lembaran kerja untuk kerja rumah di berikan.

Penutup Pengajaran

Murid di ingatkan supaya membilang dengan berhati-hati agar jumlah sesuatu benda yang dibilang adalah betul dan tepat.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba membilang dan menambah objek-objek harian yang sedia ada di dalam kelas. Contohnya, membilang dan menambah mangkuk yang di perlukan semasa makan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4350 kali