Diterbitkan Operasi tambah ayat matematik.

Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
3.3 Menulis ayat matematik bagi operasi tambah. 3.4 Melengkapkan ayat matematik bagi operasi tambah.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Menambah nombor dua digit dan satu digit menggunakan ayat matematik dengan hasil tambah 10 hingga 20.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyelesaikan 5 daripada 8 soalan operasi tambah ayat matematik dengan hasil tambah 10 hingga 20.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menyelesaikan operasi tambah dengan hasil tambah dalam lingkungan 10.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru bersoal jawab dengan murid. 2. Murid di tunjukkan dua kumpulan objek. 3. Murid membilang kumpulan objek kumpulan pertama. 4. Murid membilang objek kumpulan kedua. 5. Murid ditunjukkan cara menambah kedua-dua kumpulan objek. 6. Murid ditunjukkan power point interaktif. 7. Dengan arahan guru, murid akan melekatkan nombor, simbol tambah dan simbol sama dengan di papan pelekat, membilang objek mengikut nombor, menjumlahkan objek dan melekatkan jawapan pada papan pelekat. 8. Murid ditunjuk cara menjawab soalan latihan. 9. Murid menjawab soalan pada kepingan kad soalan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad soalan latihan, kad nombor, guli, papan pelekat berserta nombor dan power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar buah yang terdapat pada dua batang pokok.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru meminta murid mengira jumlah jari yang terdapat pada setiap tangan masing-masing lalu ditambahkan kedua-dua jumlahnya. 2. Murid memberikan jawapan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid di tunjukkan dua kumpulan objek. 2. Murid membilang kumpulan objek kumpulan pertama (bilangan guli dilabelkan dengan nombor). 3. Murid membilang objek kumpulan kedua (bilangan guli dilabelkan dengan nombor). 4. Murid ditunjukkan cara menambah atau menggabungkan kedua-dua kumpulan tersebut (hasil penjumlahan itu akan menjadikan hasilnya dalam jumlah yang banyak). 5. Murid ditunjukkan operasi tambah menggunakan ayat matematik sebagai pelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan power point interaktif. 2. Murid membilang objek yang ditunjukkan dalam power point dengan bimbingan guru. 3. Murid memilih jumlah (jawapan) dengan mengklik pada jawapan yang disediakan.
Langkah Kedua
-Dengan arahan guru. 1. Murid melekatkan nombor, simbol tambah dan simbol sama dengan di papan pelekat. 2. Murid membilang objek mengikut nombor yang ditunjukkan. 3. Murid menjumlahkan objek tersebut. 4. Murid melekatkan jawapan pada papan pelekat.
Langkah Ketiga
1. Murid ditunjuk cara untuk menjawab soalan latihan. 2. Murid menjawab soalan pada kepingan kad soalan yang disediakan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid membilang objek yang ditunjukkan dalam power point dengan bimbingan guru.
Latihan Kendiri
Murid menjawab soalan pada kepingan kad soalan yang disediakan.

Penutup Pengajaran

Guru mengimbas kembali pengajaran dengan menyatakan bahawa hasil tambah adalah nombor yang lebih besar daripada nombor–nombor yang ditambah.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan operasi tambah ayat matematik dengan hasil tambah 10 hingga 20..
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5303 kali