Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
3. Mereka dan membuat binaan
3.1 Menghasilkan binaan mengikut kreativiti
3.1.4 Teknik membentuk
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid akan belajar cara-cara membuat origami rama-rama yang sedang hinggap pada origami kuntuman bunga.
Objektif:
1. Pada akhir pengajaran murid boleh melipat kertas untuk membuat bunga, rama-rama dan daun.
2. Murid juga boleh mereka kedudukan rama-rama yang sedang hinggap pada bunga serta menampalkannya di atas kertas lukisan.
Kemahiran Sedia Ada:
1. Murid pernah melihat origami.
2. Murid pernah melihat rama-rama hinggap pada bunga.
3. Murid mempunyai kemahiran motor halus untuk melipat kertas.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru mengedarkan bahan-bahan untuk membuat origami.
2. Murid melipat kertas dengan cara tertentu menjadi origami rama-rama, bunga dan daun.
3. Murid menggam dan menampal origami rama-rama di atas origami bunga pada sehelai kertas.
Bahan Bantu Mengajar:
1. Tiga keping kertas yang berbeza warna.
2. Sekeping kertas berwarna putih.
3. Gunting.
4. Gam.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru memberikan setiap orang murid sekeping kertas berwarna putih dan gam.
2. Guru menampal origami rama-rama di atas origami bunga dan daunnya pada helaian kertas putih bagi menggambarkan seolah-olah rama-rama tersebut sedang hinggap di bunga.
3. Murid membuat cara yang sama seperti di tunjukkan guru tadi sambil guru memerhatikan gerak kerja murid.
4. Guru meminta murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.
5. Guru memberikan pujian sebagai peneguhan kepada semua murid kerana dapat menghasilkan origami rama-rama dan origami bunga sendiri.









