Diterbitkan Origami Sepasu Bunga.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.1 Mengenal kraf. 4.2.3 Mereka cipta kraf tangan
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membuat origami "Sepasu bunga".
Objektif: 
a) Dapat melatih koordinasi tangan murid. b) Murid dapat membuat origami sepasu bunga dengan tepat tanpa bantuan guru.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid boleh mengira, menggam, melipat, kenal bentuk, kenal warna dan kenal bahagian-bahagian tumbuhan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Lipat dua kertas warna kuning tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri.(gamkan bucu) c) Lipat bucu sebelah kiri segi tiga ke kanan lalu menidih bucu sebelah kanan tadi.(gamkan bucu) d) Lipat pula bucu atas segi tiga ke bawah lalu di selitkan terus ke dalam bucu sebelah kiri.(gamkan bucu) Untuk daun: a) Buka lipatan bentuk berlian tadi. b) Lipat dan sama ratakan bucu atas sebelah kanan lalu gamkan. c) Lipat dan sama ratakan juga bucu atas sebelah kiri lalu gamkan. d) Origami daun telah siap. Untuk batang: Lipat dua kertas hijau bentuk segi empat tidak sama lalu gamkan di dalamnya.
Bahan Bantu Mengajar: 
a) Gam. b) Contoh origami "Sepasu bunga" yang telah siap. c) Kertas warna-warni berbentuk segi empat sama. d) Kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian. e) Kertas warna hijau berbentuk segi empat sama tidak sama.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyoal murid tentang bunga yang mereka suka.

Guru boleh bertanya kepada murid soalan-soalan berikut;

a) "Siapa rajin tolong mak siram bunga?".

b) "Siapa ada bunga sendiri?".

c) "Bunga kamu warna apa?

d) "Apa warna daun?".

e) "Batang bunga dengan daun bunga sama warna ke?

Guru dan murid menyanyikan lagu "Air Pasang pagi surut pukul 5.. Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..(dan seterusnya)"

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mengingatkan murid semula, "Minggu lepas kamu belajar bentuk". 2. Kemudian, guru menunjukkan satu persatu kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian dan bentuk segi empat tidak serta kertas warna-warni berbentuk segi empat sama kepada murid sambil bertanya soalan berikut; a) "Ini bentuk apa?". b) "Apa warna kertas ini?".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru mengaitkan perbualan dengan tajuk pelajaran hari ini. 2. Guru memberitahu murid pelajaran hari ini ialah membuat origami "Sepasu bunga" sambil guru menunjukkan origami "Sepasu bunga" yang telah siap. 3. Guru memberitahu lagi, murid akan membuat origami "Sepasu bunga" sama seperti contoh yang telah guru tunjukkan tadi. 4. Guru perkenalkan bahan-bahan untuk membuat origami "Sepasu bunga". 5. Kemudian, guru mengedarkan bahan-bahan tersebut kepada setiap pelajar.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru memberitahu murid kertas warna kuning berbentuk segi empat sama akan dibentuk menjadi pasu bunga. Guru meminta setiap murid menunjukkan kertas warna kuning masing-masing. 2. Guru menunjukkan terlebih dahulu langkah-langkah membuat origami pasu bunga sambil mengarahkan murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Lipat dua kertas warna kuning tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri. c) Lipat bucu sebelah kiri segi tiga ke kanan lalu menidih bucu sebelah kanan tadi. d) Lipat pula bucu atas segi tiga ke bawah lalu di selitkan terus ke dalam bucu sebelah kiri. e) Origami pasu bunga telah siap. 3. Guru membantu murid yang masih tidak faham (bantuan dipudarkan apabila guru melihat murid telah mula faham pengajaran yang disampaikan).
Langkah Kedua
1. Guru meminta setiap murid menunjukkan kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian dan bentuk segi empat tidak sama. 2. Guru memberitahu murid kertas warna hijau lipat dua bentuk berlian akan dibentuk menjadi daun bunga, manakala kertas warna hijau bentuk segi empat tidak sama akan dibentuk menjadi batang bunga. 3. Guru demontrasikan dahulu langkah-langkah membuat origami daun bunga sambil murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Buka lipatan bentuk berlian tadi. b) Lipat dan sama ratakan bucu atas sebelah kanan lalu gamkan. c) Lipat dan sama ratakan juga bucu atas sebelah kiri lalu gamkan. d) Origami daun telah siap. 4. Seterusnya, membuat origami batang bunga iaitu; a) Guru mengarahkan murid untuk melipat dua kertas hijau bentuk segi empat tidak sama lalu gamkan di dalamnya mengikut cara yang guru tunjukkan di hadapan. b) Origami batang bunga telah siap. 5. Guru membimbing murid yang masih sukar menguasai pengajaran yang disampaikan.
Langkah Ketiga
1. Guru memberitahu kertas warna-warni segi empat sama yang lain akan dibentuk menjadi bunga. 2. Murid boleh memilih kertas warna-warni yang mereka suka untuk dibentuk menjadi origami bunga. 3. Guru demontrasikan dahulu langkah-langkah membuat origami bunga sambil murid mengikuti setiap langkah guru iaitu; a) Lipat dua kertas warna berbentuk segi empat sama tadi menjadi bentuk segi tiga. b) Lipat tengah bucu sebelah kanan segi tiga ke kiri lalu gamkan di belakangnya. c) Lipat juga tengah bucu sebelah kiri lalu gamkan di belakangnya. d) Origami bunga sudah siap. 4. Bimbingan secara lisan dan fizikal diberikan kepada murid yang lemah (apabila murid itu telah boleh menguasai, guru berhentikan bimbingan).

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing atau membantu secara lisan dan fizikal murid yang masih lemah, dan masih tidak dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Latihan Kendiri
Murid membuat sendiri origami "Sepasu bunga" daripada langkah pertama hingga langkah yang terakhir berdasarkan langkah-langkah demontrasi guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyuruh pelajar melekatkan batang bunga menggunakan gam pada daun bunga seperti yang guru tunjukkan di hadapan. 2. Kemudian, guru menunjukkan pula cara melekatkan daun pada pasunya. 3. Guru menunjukkan pula cara melekatkan bunga pada batangnya sambil mengarahkan murid mengikut semua demontrasi yang guru tunjukkan. 4. Guru memberikan pujian kerana murid dapat mengikuti pengajaran guru dengan baik sehingga berjaya menghasilkan origami "Sepasu bunga". 5. Guru membenarkan murid menyimpan origami masing-masing.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengetahui tumbuhan juga boleh diadaptasikan menjadi kraf tangan yang cantik.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5434 kali