Diterbitkan PEKERJAAN

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
NURUL AINIE DAN CH'NG PEI HUAN

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Menulis Ayat Pendek: Pekerjaan
Objektif: 
B3 DL 15. Recognise different types of occupation B3 DB 15. Recognise and read word. B3 DL15 1. At the end of class, student should be able to identify various occupation: Policewoman Bus driver Doctor Soldier Technician Swimmer Dentist Fireman B3 DB15 E1. At the end of class student should be able to reads word of occupation. B3 DB15 E2. At the end of class, student should be able to read simple phrases of occupation. I am ___________ I work in police station A good bus driver I work in hospital A strong soldier I can repair things I love to swim A kind dentist A brave fireman
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu pelbagai jenis pekerjaan. Murid boleh membaca tetapi tidak lancar
Bahan Bantu Mengajar: 
Audio sebutan dan bacaan perkataan, video persekitaran pekerjaan, Powerpoint interaktif dan lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Memberi ganjaran positif seperti pujian/bintang pada  lembaran kerja, sebatang pensel sekiranya murid berjaya membaca ayat pendek. Ambil giliran,

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru bertanya apakah pekerjaan ibu bapa murid?
2. Guru bertanya kepada murid pelbagai jenis pekerjaan yang diketahui dan ciri-ciri mereka.

1. Murid menjawab pertanyaan guru
2. Murid memberikan jawapan pelbagai jenis pekerjaan dan ciri-ciri mereka.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menerangkan bahawa hari ini murid akan dibimbing membaca ayat pendek berkaitan pekerjaan.</p> Murid mendengar penerangan guru.</p>

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menayangkan video jenis-jenis pekerjaan 2. Guru bertanya apakah pekerjaan yang terdapat dalam video? 3. Guru menayangkan semula video pekerjaan. 1. Murid menonton video jenis-jenis pekerjaan. 2. Murid menjawab pertanyaan guru. 3. Murid menonton video.

PEKERJAAN

Recognise different types of occupation

Langkah Kedua
1. Guru membimbing murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Guru bimbing murin bermain aktiviti interaktif dalam Powerpoint Hide and seek game 3. Guru membimbing murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint. 1. Murid membaca dan menyebut perkataan pekerjaan-pekerjaan dalam slaid Powerpoint. 2. Murid bermain permaian interaktif. 3.Murid membaca ayat-ayat pendek dalam slaid Powerpoint.
Langkah Ketiga
1. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam power point : Choose the correct answer 2. Guru menggalakkan murid mencuba untuk mengisi tempat kosong pada ayat pendek dalam Powerpoint ;Fill in the blank 3. Guru mengedarkan ayat pendek berkaitan pekerjaan kepada murid 1. Murid memadankan jawapan dalam Powerpoint. 2. Murid memadankan pilihan jawapan ke tempat kosong yang disediakan dalam slaid Powerpoint.

Penutup Pengajaran

1. Guru memilih murid secara rawak untuk membacakan ayat pendek dalam kertas edaran yang diberikan. 2. Guru menayangkan aktiviti interaktif dalam talian The memory game 1. Murid yang dipilih membaca ayat pendek. 2. Murid bermain aktiviti dalam talian

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Main peranan berkaitan pekerjaan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 1304 kali