Diterbitkan Penanda Buku

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4. Mengenal kraf tangan. 4.1 Mengenal kraf. 4.2 Mereka kraf mudah untuk kegunaan tertentu.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan penanda buku yang kreatif.
Objektif: 
1. Di akhir pelajaran, murid dapat menyedari adanya bahan kutipan yang sesuai untuk di jadikan bahan seni yang menarik. Contohnya, kadboard atau kotak tisu. 2. Dapat meningkatkan kawalan motor halus murid memasukkan benang ke lubang yang di sediakan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat penanda buku sebelum ini.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Potong kadbod bentuk kunci. 2. Tebuk lubang di sekeliling. 3. Masukkan benang ke dalam jarum. 4. Masukkan jarum ke dalam lubang kadbod (jahit). 5. Jahit sampai habis. 6. Ikat.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gam, gunting, benang warna, kertas warna, kad board tebal, pembaris, pensil, pemadam, penebuk lubang(puncher) dan jarum plastik

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan beberapa contoh penanda buku yang dibuat dan di beli.
2. Guru menanyakan kegunaan penanda buku.
3. Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti.
4. Murid melihat atau merasa contoh yang di tunjukkan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh-contoh penanda buku. Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang kegunaan penanda buku.
Contoh Penanda Buku

Penanda buku

Fail pdf ini mengandungi gambar contoh penanda buku, contoh penanda buku hasil kerja guru serta contoh penanda buku hasil kerja murid. Disediakan oleh Bavani a/p Ganason.

Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan. (Guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat atau merasa penanda buku contoh guru.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang di sediakan untuk mereka dan cara menghasilkan penanda buku. 2. Guru menyediakan bentuk dari kadboard tebal bagi setiap murid. 3. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima potong kadboard.
Langkah Kedua
1. Guru menunjukkan cara menebuk lubang di sisi kad board yang sudah di potong bentuk. Murid menebuk dengan bantuan guru. 2. Guru menggunakan puncher untuk menebuk lubang di sekeliling kad board yang berbentuk kunci. 3. Guru meminta murid memasukkan benang di sekeliling lubang tersebut dengan jarum supaya kelihatan cantik. Murid memasukkan benang yang di edarkan oleh guru berserta jarum plastik ke lubang yang terdapat di sekeliling kadboard 4. Guru menunjukkan cara memasukkan benang ke lubang jarum. 5. Guru menunjukkan cara memasukkan benang ke lubang kadboard. Murid memasukkan benang ke lubang yang kecil itu untuk mencantikkan lagi penanda buku. (Langkah ini untuk murid rabun. Untuk murid buta, guru membimbing tangan mereka untuk merasa tebukan lubang itu).
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid-murid melukis gambar atau melekatkan kertas bunga di atas penanda buku yang siap di masukkan benang di sekelilingnya. Murid melukis gambar atau melekat kertas bunga di atas penanda buku yang siap di hiasi dengan benang tadi.(murid dibantu oleh guru). 2. Guru meminta murid menulis nama (kalau buta) dalam braille.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik menggunakan psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing untuk memasukkan benang ke dalam lubang kadboard yang di sediakan. Guru menggunakan teknik menjahit memasukkan benang dari bawa masuk ke lubang naik ke atas. 2. Guru membimbing murid dengan menunjukkan cara mengikat benang dengan betul dengan memegang tangan mereka. Guru memegang tangan murid supaya mereka memegang pensil dengan betul dan melukis di tempat yang betul di kadboard.
Latihan Kendiri
Murid dapat memasukkan benang dengan sendiri apabila di tunjuk ajar oleh guru walaupun memerlukan masa.

Penutup Pengajaran

Guru melakukan sesi penghargaan hasil murid. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. Hasil kerja mereka dihargai.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Dengan penghasilan penanda buku sendiri, ini akan menggalakkan murid menggunakannya setiap kali apabila menggunakan buku teks, buku cerita dan sebagainya. Ini menyenangkan murid rabun atau buta.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 12128 kali