Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
6.10 Menulis karangan.
6.10.1 Karangan yang terkawal dan berpandu.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Guru melatih murid menulis karangan pendek berdasarkan gambar.
Objektif:
Di akhir pengajaran, murid boleh menulis karangan pendek berdasarkan gambar yang diberi.
Kemahiran Sedia Ada:
1. Murid telah biasa melihat gambar-gambar bersiri sarapan pagi,bangun pagi dan lain-lain.
2. Murid boleh membaca dan menulis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Menyusun gambar tersebut mengikut urutan.
2. Menulis karangan pendek dengan betul dan tepat berdasarkan gambar.
3. Bercerita secara lisan tentang keseluruhan gambar mengikut urutan gambar yang betul.
4. Membuat aksi lakonan berdasarkan urutan gambar.
5. Membaca beberapa ayat pendek secara individu.
6. Membaca keseluruhan ayat berdasarkan susunan gambar.
7. Menulis semua ayat-ayat pendek berdasarkan gambar menjadi karangan pendek.
Bahan Bantu Mengajar:
1. Gambar.
2. Kad ayat.
3. Lembaran kerja.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Murid melakukan tugasan yang dberikan.
3. Guru memuji murid yang berjaya membuat karangan dengan betul.









