Diterbitkan Perhubungan dan pengangkutan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Muhammad Nurillhaffizs bin Othman & Maslika bte Ramli@Yusof.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.1 Mengenalpasti alat perhubungan dan pengangkutan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini adalah berkaitan dengan perkembangan pengangkutan dan perhubungan di Malaysia yang meliputi perhubungan di darat, udara, dan air.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; a. Menamakan kenderaan yang terdapat di darat, air dan udara. b. Menyatakan perkembangan pengangkutan dan perhubungan negeri-negeri di Malaysia terutamanya di Selangor.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Pelajar telah mengenali pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di Malaysia dan kepentingan pengangkutan. 2. Pelajar juga telah mengenali negeri-negeri di Malaysia dengan merujuk peta.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyenaraikan pengangkutan di darat. 2. Menyenaraikan pengangkutan di air. 3. Menyenaraikan pengangkutan di udara. 4. Menunjukkan gambar kenderaan yang terdapat di darat air dan udara. 5. Murid diminta memberi jawapan kepada gambar yang ditunjukkan. 6. Menunjukkan peta Malaysia. 7. Pelajar diminta mengenali jenis pengangkutan yang terdapat di negeri Selangor.
Bahan Bantu Mengajar: 
Power point, gambar kenderaan dan peta Malaysia.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyuruh pelajar untuk mengeluarkan kertas dan mencipta kapal terbang kertas dan juga sampan kertas.

2. Guru menyoal murid tentang rekacipta yang telah mereka hasilkan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanya kepada murid jenis kenderaan yang mereka naiki apabila datang ke sekolah.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai perhubungan dan pengangkutan negeri-negeri di Malaysia terutamanya Selangor.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru mempamerkan gambar kenderaan satu persatu mengikut urutan iaitu darat, air dan udara. 2. Guru mengemukakan soalan berkaitan gambar tadi. 3. Murid menyatakan jawapan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Langkah Kedua
-Mempamerkan kad gambar kenderaan mengikut peringkat perkembangan. 1. Guru mempamerkan gambar dan pelajar akan sebut. 2. Guru menyoal murid tentang gambar tersebut; a. Basikal - Motosikal b. Kereta - Teksi - Bas c. Keretapi - KTM komuter - LRT d. Sampan - feri - kapal laut e. Kapal terbang
Langkah Ketiga
-Mempamerkan peta Semenanjung Malaysia dan menunjukkan perkembangan pengangkutan yang berlaku di negeri-negeri di Malaysia, mengambil contoh di negeri Selangor. 1. Guru membimbing pelajar menyatakan pengangkutan di Selangor. 2. Guru menerangkan jenis pengangkutan yang terdapat di negeri Selangor. 3. Guru meminta pelajar menyebut gambar tersebut seorang demi seorang. 4. Kemudian, guru meminta murid memadankan kad gambar pengangkutan di negeri Selangor.
Peta Sememanjung Malaysia.

Semenanjung Malaysia

Soalan berkaitan pengangkutan dan perhubungan darat, air dan udara di Semenanjung Malaysia.(SILA MUAT TURUN TERUS JIKA TIDAK DAPAT DIPRATONTON, HAL INI KERANA FAILNYA BESAR)

Penilaian

Latihan Kendiri
Guru meminta murid memberitahu jenis kenderaan berdasarkan gambar yang guru tunjukkan.

Penutup Pengajaran

Guru memberi lembaran kerja kepada pelajar.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7668 kali