Diterbitkan Perhubungan dan Pengangkutan

Penulis: 
Noor Aslina Sulaiman dan Zulihi Mohamad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
2.3.1 Tanggungjawab terhadap alat perhubungan dan pengangkutan 2.4.1 Penggunaan alat perhubungan dan pengangkutan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan mempelajari tentang cara penggunaan pengangkutan awam (bas) dan perhubungan awam (telefon) dengan betul.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran; a) apabila ditunjukkan gambar, murid dapat membanding cara penggunaan pengangkutan dan perhubungan awam yang betul dan salah. b) apabila diberikan gambar bersiri, murid dapat menyusun atur cara menggunakan pengangkutan dan perhubungan awam dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid telah mengetahui jenis-jenis perhubungan dan pengangkutan awam dan persendirian serta kepentingannya pada pelajaran yang lalu.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) mengenal jenis pengangkutan dan perkhidmatan awam dan persendirian. b) membezakan antara perhubungan dan pengangkutan awam dan persendirian. c) memilih tingkah laku yang betul semasa menggunakan perhubungan dan pengangkutan. d) menyusun semula gambar bersiri penggunaan perhubungan dan pengangkutan dengan betul. e) Mengetahui cara menaiki bas. f) Mengetahui cara menggunakan telefon awam.
Bahan Bantu Mengajar: 
Rakaman video, rakaman audio, power point, lembaran kerja.
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
ganjaran positif diberikan kepada murid yang terlibat.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

a) Murid mendengar rakaman audio yang diputar oleh guru.
b) Murid bersoal-jawab tentang rakaman
Contoh soalan:
1) Apakah bunyi yang kamu dengar?
2) Di mana kamu boleh dengar bunyi seperti ini?

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
a) Guru meminta murid mengimbas kembali isi pelajaran yang lalu (mengenal perhubungan dan pengangkutan)
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
a) Guru menerangkan tentang pembelajaran hari ini.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
(10 minit) Langkah 1: Power point- penerangan a) Murid menonton video cara penggunaan perkhidmatan awam (alat pengangkutan) b) Murid disoal berkaitan video. c) Murid menonton video cara penggunaan telefon awam (alat perhubungan) d) Murid disoal berkaitan video
Langkah Kedua
(10 minit) power point (interactive activity) Langkah 2: : Murid menggunakan power point a) Murid dengan bimbingan guru melakukan aktiviti 1, 2 dan 3. b) Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dilakukan.
Langkah Ketiga
(10 minit) Langkah 3: Penilaian a) Latihan kendiri dan bimbingan dari guru. (rujuk powerpoint) - Latihan 1 - Latihan 2 - Latihan 3 b) Latihan kendiri - Latihan (Aras 1) Sila tanda ( /) pada tingkah laku yang betul semasa menggunakan pengangkutan awam - Latihan (Aras 2) Sila gunting dan tampal mengikut susunan aturan semasa menggunakan telefon awam - Latihan (Aras 3) Sila tulis perkataan sesuai berdasarkan gambar diberi.

Penilaian

Latihan Kendiri
- Latihan (Aras 1) Sila tanda ( /) pada tingkah laku yang betul semasa menggunakan pengangkutan awam - Latihan (Aras 2) Sila gunting dan tampal mengikut susunan aturan semasa menggunakan telefon awam - Latihan (Aras 3) Sila tulis perkataan sesuai berdasarkan gambar diberi.

Penutup Pengajaran

Mari Menyanyi (5 minit) hello, hello kawan di sana, telefon diguna dan tanya berita, e-mel atau surat biasa, hubungi rakan di mana saja… ke sana sini guna kereta, kapal terbang dan bas boleh juga, LRT dan komuter tidak mencemar udara, guna pengangkutan awam, cara bijaksana…

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Lawatan ke stesen bas dan menggunakan perkhidmatan awam.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5142 kali