Diterbitkan Plak Hiasan Dinding.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 3.0 Membentuk dan membuat binaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan plak perhiasan dinding daripada penyepit baju.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Menyedari bahan seperti penyepit baju boleh dijadikan bahan perhiasan. 2. Meningkatkan koordinasi motor halus semasa menyusun dan melekat hiasan. 3. Mengamalkan sikap bekerjasama dengan cermat dan bersih semasa menjalankan aktiviti.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat perhiasan dinding di rumah, di sekolah dan di asrama.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan bahan yang diperlukan seperti kadboard, penyepit baju dan gam. 2. Guru menunjukkan cara menggunakan bahan ini untuk menghasilkan perhiasan. 3. Melekatkan penyepit baju ikut susunan di atas kadboard menggunakan gam. 4. Guru membantu murid menyusun dengan teratur. 5. Apabila siap, dilekat dengan kemas dan dikeringkan. 6. Buat perhiasan dengan meletakkan gambar sendiri atau bunga di tengah plak perhiasan sebelum digantung.
Bahan Bantu Mengajar: 
Penyepit baju (kayu), gam UHU, kadboard, gunting, pensil, gambar, "double tape" dan tisu.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menerangkan tentang tajuk yang akan dipelajari iaitu perhiasan dinding.

2. Murid mendengar penerangan guru.

3. Guru menanyakan rumah siapa ada perhiasan dinding dan murid menjawab pertanyaan guru.

4. Guru menceritakan serba sedikit tentang hiasan dinding dengan menunjukkan contoh hiasan.

5. Murid melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas murid melihat contoh perhiasan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang barang perhiasan yang pernah dilihat sebelum ini.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, barang-barang perhiasan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan plak perhiasan dinding dengan menggunakan kadboard dan penyepit baju (kayu). 2. Guru bertanya sama ada di rumah ada perhiasan dinding atau tidak. 3. Guru menceritakan serba sedikit tentang hiasan dinding dengan menunjukkan contoh hiasan.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid menyediakan kadboard yang siap digunting bagi murid rabun dan buta supaya murid tidak menghadapi masalah dari segi memotong kad. 2. Murid menerima kadboard yang siap digunting. 3. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti penyepit baju dan gam UHU. 4. Guru menunjukkan contoh plak yang telah siap. 5. Guru menunjukkan cara membuat plak hiasan di atas kadboard dan murid melihat contoh plak dengan sentuhan (murid rabun). 6. Guru menunjukkan cara melekatkan penyepit baju di atas kadboard. 7. Guru meletakkan gam UHU dan melekatkan penyepit baju satu demi satu ikut susunan. 8. Murid membuat plak hiasan dengan meletakkan gam dan melekatkan penyepit baju dengan bimbingan guru (membentuk matahari).
Langkah Ketiga
1. Guru menyediakan gambar setiap murid untuk dilekatkan pada plak perhiasan. 2. Murid menerima gambar masing-masing dan melekatkan di tengah-tengah plak perhiasan bagi mencantikkannya. 3. Guru membantu setiap murid melekatkan gambar masing-masing bagi mencantikan plak perhiasan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan bagi membimbing murid melekatkan penyepit baju ikut susunan.
Latihan Kendiri
Murid melekatkan dengan sendiri apabila ditunjukajar oleh guru.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid dapat mencipta perhiasan sendiri bagi menghiasi rumah, bilik, sekolah dan sebagainya dengan kos yang rendah. 2. Murid juga sedar barang perhiasan boleh dihasilkan melalui barang terbuang.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6182 kali