Diterbitkan Poster Bintang Kreatif.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.2.3 Mereka cipta kraf tangan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid akan membuat "Poster bintang kreatif".
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; a) Mengawal pergerakan motor untuk menggunting dan menampal. b) Menghasilkan sebuah poster bintang kreatif.
Kemahiran Sedia Ada: 
a) Menggunting dan menampal. b) Kenal bintang.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
a) Ambil semua peralatan yang diperlukan dan tulis nama pada bahagian masing-masing. b) Lekatkan kertas warna yang telah mempunyai gambar bintang di dalamnya di atas kad manila.Ada 6 kotak bintang semuanya. Kotak pertama dan terakhir, tampalkan dengan kertas warna pink dan kotak kedua hingga kotak kelima tampalkan kertas warna oren. c) Gunting bintang satu persatu mengikut garisan yang telah dibuat pada kad manila. Setiap seorang mempunyai 6 bintang d) Tampal bintang di atas setiap kertas warna tadi. e) Potong kertas tiga segi untuk diletakkan di atas sekali iaitu menjadi mata pensel. f) Kemudian, potong kertas separuh bulatan untuk dijadikan belakang atau pangkal pensel. g) Tampalkan kertas tiga segi pada bahagian paling atas. h) Tampalkan kertas separuh bulatan pada bahagian paling bawah sekali. i) Tulis nama dan buat gambar muka masing-masing pada bahagian masing-masing.
Bahan Bantu Mengajar: 
Gunting, gam, kertas warna dan kad manila.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberikan satu sampul surat kepada setiap murid dan meminta murid membaca apa yang tertulis pada luar bahagian surat tersebut.

2. Pada bahagian luar tersebut, terdapat satu teka-teki iaitu;
“Saya mempunyai 5 bucu.
Berada di atas langit.
Kawan saya adalah bulan.
Bermula dengan bin_ _ _ _".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanya kepada murid, "Apa warna bintang pada bendera Malaysia?".
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan contoh gambar poster bintang. Kemudian, guru mencabut bintang yang dibuat oleh guru dan bertanya kepada murid, "Adakah kamu semua ingin membuatnya?". 2. Guru bertanya murid nama kelas mereka, (Jawapannya, Kelas Kreatif). Oleh itu, guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini iaitu menghasilkan "Poster bintang kreatif".

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta semua murid supaya menumpukan perhatian, mendengar dan melihat dengan teliti cara-cara yang akan ditunjukkan oleh guru. 2. Guru menunjukkan cara-cara untuk membuat poster sambil tunjuk guru baca dan murid ikut. Langkah-langkah membuat Poster bintang kreatif adalah seperti berikut; a) Ambil semua peralatan yang diperlukan dan tulis nama pada bahagian masing-masing. b) Lekatkan kertas warna yang telah mempunyai gambar bintang di dalamnya di atas kad manila.Ada 6 kotak bintang semuanya. Kotak pertama dan terakhir, tampalkan dengan kertas warna pink dan kotak kedua hingga kotak kelima tampalkan kertas warna oren. c) Gunting bintang satu persatu mengikut garisan yang telah dibuat pada kad manila. Setiap seorang mempunyai 6 bintang d) Tampal bintang di atas setiap kertas warna tadi. e) Potong kertas tiga segi untuk diletakkan di atas sekali iaitu menjadi mata pensel. f) Kemudian, potong kertas separuh bulatan untuk dijadikan belakang atau pangkal pensel. g) Tampalkan kertas tiga segi pada bahagian paling atas. h) Tampalkan kertas separuh bulatan pada bahagian paling bawah sekali. i) Tulis nama dan buat gambar muka masing-masing pada bahagian masing-masing.
Langkah Kedua
1. Demonstrasi Guru -Guru terlebih dahulu menunjukkan cara untuk membuatnya iaitu melalui langkah kedua hingga langkah ketiga. 2. Guru membuat bersama-sama murid. a) Guru meminta murid memulakan langkah 1, 2 dan langkah ke-3. b) Seterusnya, langkah ke-4 bersama-sama guru iaitu menampal bintang di atas kertas warna masing-masing mengikut nama mereka. c) Kemudian, teruskan dengan langkah ke-5 iaitu memotong kertas tiga segi untuk dilekatkan pada bahagian paling atas sekali dengan bantuan guru iaitu, guru membimbing murid dengan melukis garisan bentuk segitiga dan meminta murid mengikut garisan tersebut.
Langkah Ketiga
Murid membuat tanpa bantuan guru iaitu; a) Guru menunjukkan langkah ke-6 hingga langkah ke-8. Kemudian, meminta murid membuat sendiri setiap langkah seperti yang ditunjukkan oleh guru sebentar tadi. b) Guru membaiki kesilapan murid jika melakukan kesilapan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membantu murid menyiapkan "Poster bintang kreatif" dari langkah ke-4 hingga langkah ke-5.
Latihan Kendiri
Murid membuat sendiri "Poster bintang kreatif" dari langkah ke-6 hingga langkah ke-8.

Penutup Pengajaran

1. Guru menerangkan pada murid fungsi bintang yang dibuat tadi. 2. Jikalau murid tidak melakukan kesalahan atau berkelakuan baik ketika guru mengajar, bintang akan dikekalkan, sebaliknya jika tidak berkelakuan baik, maka bintangnya akan ditarik balik. 3. Murid yang berjaya mengutip bintang yang paling banyak pada setiap hari akan dikumpulkan dan diberikan hadian pada akhir bulan nanti.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Melatih murid untuk berkelakuan baik dan mendengar kata.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3552 kali