Diterbitkan Rukun Islam

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Noor Hamiza Bt Mohamad dan Siti Nur Elainee Bt Arifin

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
B. Ulum Syariah 1.0 Aqidah 1.2 Mengetahui 5 perkara yang terdapat di dalam Rukun Islam
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Mengetahui dan dapat menyebut mengenai 5 perkara dalam Rukun Islam.
Objektif: 
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) Pelajar dapat menyebut 5 perkara dalam Rukun Islam dengan betul. 2) Pelajar dapat menjawab 80 peratus dengan betul di dalam lembaran kerja.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah mengamalkan salah satu rukun islam seperti solat lima waktu.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1)Guru menerangkan lima perkara dalam rukun islam satu persatu. 2) Menyebut bersama guru 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut tertib. 3) murid menyebut dan mengingati 5 perkara dalam Rukun Islam.
Bahan Bantu Mengajar: 
1) Power Point 2) Lembaran Kerja 3) Video 4) Kad Imbasan
Sokongan Tingkah Laku Positif: 
Pujian diberikan kepada murid yang memberi perhatian.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menunjukkan video mengenai Rukun Islam.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini kepada murid :
Guru memberitahu murid hari ini mereka akan belajar mengenai perkara dalam Rukun Islam.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid cuba untuk menceritakan tentang perkara yang wajib dilakukan oleh seorang Islam.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Pengajaran hari ini berkaitan dengan lima perkara dalam Rukun Islam yang wajib diketahui oleh seseorang yang Islam.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1) Guru menunjukkan 5 perkara Rukun Islam dalam bentuk ayat. 2) Guru memaparkan perkara-perkara yang terkandung dalam Rukun Islam mengikut tertib 3) Guru menyebut 5 perkara dalam Rukun Islam tersebut mengikut susunan.

Rukun Islam-PPT

Slide-slie ini menunjukkan perkaitan Rukun Islam 5 perkara.

Langkah Kedua
1) Guru meminta murid menyebut 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut tertib dengan bantuan guru. 2) Guru meminta murid mengulang kembali 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut tertib tanpa bantuan guru. 3) Guru meminta murid menyusun kad-kad imbasan 5 perkara dalam Rukun Islam di papan hitam mengikut tertib.
Langkah Ketiga
1) Guru menyediakan lembaran kerja 2) Guru meminta murid membuat latihan dengan menyusun 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut urutan. 3) Guru meminta murid menyelesaikan teka silangkata mengenai perkara yang terdapat dalam Rukun Islam.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru memberikan bimbingan kepada murid ketika guru meminta murid menyebut 5 perkara dalam Rukun Islam.
Latihan Kendiri
Murid dapat menyusun 5 perkara dalam Rukun Islam mengikut tertib tanpa bantuan guru dengan betul.

Penutup Pengajaran

Guru dan murid bersoaljawab mengenai pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Guru meminta murid mengucap dua kalimah shahadah dan doa puasa yang pernah diamalkan dalam kehidupan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3787 kali