Diterbitkan Mari Membaca : Sang Kancil Bijak Melawan Halangan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Afida binti Md Hussin.

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.0 Membaca.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membaca cerita pendek dan membina ayat pendek berdasarkan cerita yang bertajuk “ Sang Kancil Bijak Melawan Halangan”.
Objektif: 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; a) Membaca cerita pendek berdasarkan gambar. b) Membina ayat pendek berdasarkan gambar.
Kemahiran Sedia Ada: 
1. Murid kenal Sang Kancil. 2. Murid boleh membaca.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Kemudian berbincang mengenai cerita berdasarkan gambar. 2. Seterusnya membina ayat pendek berdasarkan gambar. 3. Guru terlebih dahulu membimbing murid dan selepas itu murid cuba membina ayat pendek sendiri dengan melihat gambar dan menyudahkan cerita. 4. Murid juga diberi peluang untuk berlakon, ada yang memegang peranan sebagai Sang Kancil, Harimau dan Buaya.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad Perkataan dan kad gambar.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru menyatakan kepada semua murid, hari ini murid dikehendaki menjawab teka-teki guru. Sesiapa yang berjaya menjawab dengan betul akan diambil gambar. Soalan teka-tekinya ialah:
"Saya adalah haiwan,
Tinggal di dalam hutan,
Saya adalah binatang yang pandai dan bijak,
Saya selalu menolong binatang lain dalam kesusahan,
Nama saya bermula dengan Sang K _ _ _ _ _".

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru mengimbas kembali pengetahuan murid tentang binatang yang terdapat di dalam hutan yang pernah dipelajari sebelum ini.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru bertanya murid, "Adakah kamu ingin bijak dan pandai seperti Sang Kancil?". 2. Guru menyatakan kalau hendak bijak dan pandai, mesti berani dan berusaha bersungguh-sungguh. 3. Guru menyatakan Sang Kancil bijak kerana ia berani terima cabaran. 4. Guru memperkenalkan isi pelajaran dengan menunjukkan gambar Sang Kancil dan halangan-halangannya.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menampalkan kad gambar dan kad cerita di sebelah gambar mengikut turutan nombor di atas papan putih. 2. Kemudian guru membaca cerita pendek tersebut daripada awal perjalanan Sang Kancil iaitu Sang Kancil ingin makan buah-buahan yang masak ranum di dusun buah-buahan. Kemudian, halangan-halangan yang terpaksa dilalui oleh Sang Kancil sehinggalah ia berjaya makan buah-buahan tersebut. 3. Guru meminta semua murid mendengar kepada bacaan cerita guru. Sambil guru membaca, guru tunjuk dan murid ikut. 4. Seterusnya guru meminta murid datang ke depan untuk membaca cerita berpandukan gambar dan diikuti murid lain.
Langkah Kedua
1. Guru berbincang bersama-sama murid apa yang telah dibaca di papan putih. 2. Sambil berbincang, guru menyoal murid berkaitan bahan yang dibaca dan apa yang telah difahami.
Langkah Ketiga
1. Guru mengedarkan satu kertas kepada setiap murid. 2. Kemudian, guru bertanya murid dengan meminta murid melihat gambar di papan putih. 3. Guru bertanya murid berpandukan gambar iaitu, "Apabila Sang Kancil berjaya melalui halangan, bolehkah Sang Kancil memakan buah-buahan di dusun?". 4. Di dalam kertas tersebut, guru menulis ayat dan meminta murid menyambung ayat tersebut berdasarkan gambar yang paling akhir. "Akhirnya Sang Kancil___________________________________".

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru menulis latihan di papan putih solan-soalan berkaitan cerita. Guru meminta murid seorang demi seorang menjawab soalan mengenai halangan-halangan yang terpaksa dilalui oleh Sang Kancil dan adakah ia berjaya makan buah-buahan di dusun. Guru membimbing murid yang lemah dalam ejaan.
Latihan Kendiri
Guru memadamkan latihan yang dibuat pada papan putih tadi dan meminta setiap murid menjawab kembali soalan tadi melalui jawapan secara lisan.

Penutup Pengajaran

Semua murid mendapat pujian daripada guru.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh membina ayat pendek pada masa akan datang dengan tema yang seterusnya dan jalan cerita ini mampu memberi semangat kepada murid-murid, supaya menjadi murid yang lebih berani tidak kira di mana mereka berada.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3994 kali