Diterbitkan Seni Kolaj

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Farah Nur Amelia Bt Othman dan Siti Faezah Bt Mohd Jalil

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.0 Melukis 1.2 Mengawal pergerakan motor halus 1.2.2 Pergerakan secara terkawal
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid membuat kolaj daripada kertas warna dengan kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran , murid akan dapat ; 1. mengawal dan meningkatkan psikomotor halus dengan melakar, menggunting atau mengoyak dan menampal. 2. mengetahui fungsi setiap peralatan seni yang digunakan. 3 . menghasilkan kolaj haiwan ( ikan ) daripada kertas bewarna.
Kemahiran Sedia Ada: 
murid – murid telah diajar mengenai warna dan bentuk.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan alatan untuk membuat kolaj. 2. Murid dibimbing dan diterangkan mengenai alatan dan gambar haiwan yang berkaitan. 3. Guru menunjukkan cara menggunting dan menampal untuk menghasilkan kolaj. 4. Murid membuat kolaj sendiri dengan bantuan guru.
Bahan Bantu Mengajar: 
Video ,Kertas gambar haiwan , gam , gunting , kertas warna , pembaris , pensil, dan pensil warna.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

• Guru menayangkan video berkaitan dengan ikan.
• Guru bertanyakan kepada murid mengenai video tersebut.
• Guru meminta murid bernyanyi bersama.
• Pujian diberikan kepada murid.

Seni Kolaj ppt

Memaparkan slide yang berkaitan melakar, mengoyak dna menampak kolak ikan.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid telah mengetahui mengenai warna dan bentuk, guru mengingatkan kembali warna dan juga bentuk- bentuk kepada murid.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
• guru menunjukkan kolaj yang telah siap kepada murid pelbagai corak (burung, rumah dsb). • Guru menjelaskan / memperkenalkan pelajaran hari ini kepada murid.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. guru memperkenalkan bahan- bahan untuk membuat kolaj kepada murid. - gunting - gam - pensel - kertas pelbagai warna
Langkah Kedua
• Guru menerangkan terlebih dahulu cara membuat kolaj. • Guru menunjukkan cara membuat kolaj supaya murid dapat mengikuti. • Guru mengarahkan murid melihat dengan teliti apa yang dilakukan oleh guru. • Guru menunjukkan langkah demi langkah kepada murid. • Guru membuat analisis tugasan : • Sediakan lukisan / gambar yang digemari oleh murid. • Kertas warna ditanda dan segitiga dilukis menggunakan pembaris dan pensil. • Kertas warna dipotong dengan menggunakan gunting. • Kertas warna yang telah digunting diasingkan mengikut warna • Lekatkan gam pada kertas warna dan lekatkan pada gambar yang telah disediakan. • Penuhkan ruangan kosong gambar dengan kertas warna sehingga gambar tersebut menjadi kolaj seperti yang guru telah tunjukkan sebelumnya.
Langkah Ketiga
• Murid membuat kolaj dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. • Guru mengedarkan lukisan / gambar yang disediakan. • Guru membimbing murid membuat kolaj daripada langkah 1 sehingga 6. • Murid membuat kolaj tanpa bimbingan guru dan menyiapkan sendiri kolaj mereka.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
• Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara-cara membuat kolaj dengan betul.
Latihan Kendiri
• Murid berjaya menyiapkan kolaj mereka tanpa bimbingan guru.

Penutup Pengajaran

• Murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada guru dan rakan – rakan. • Semua kolaj yang disiapkan murid akan dilekatkan didinding kelas. • Pujian diberikan sebagai peneguhan kepada murid kerana telah dapat menyiapkan kolaj.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
• Murid mampu menyiapkan kolaj menggunakan gambar lain dan mampu menggunakan peralatan seni yang lain ( gunting , gam ,pensil, pensil warna ) bagi meningkatkan psikomotor halus mereka.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 5032 kali