Diterbitkan Sukan dan Kesihatan (Awas, Aedes Berbahaya).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat memahami petikan dan menjawab soalan pemahaman dengan betul.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. Mendapatkan maklumat daripada petikan yang dibaca iaitu "Awas, aedes berbahaya". 2. Memahami petikan dengan baik. 3. Menjawab soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah mengikut aras.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid tahu tentang bahaya nyamuk aedes dan denggi.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru mengedarkan petikan "Awas, aedes berbahaya" kepada setiap murid (petikan dalam braille bagi buta). 2. Guru meminta murid membaca petikan tersebut seorang demi seorang. 3. Guru menerangkan maksud yang sukar difahami. 4. Guru meminta murid memahami soalan pemahaman dan menjawab soalan. 5. Murid menjawab soalan pemahaman (dengan dibimbing oleh guru).
Bahan Bantu Mengajar: 
Edaran petikan (dalam braille bagi buta), lembaran kerja kefahaman, gambar nyamuk aedes dan laptop.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru berteka-teki dengan murid iaitu guru meminta murid menjawab teka-teki berikut;.

"Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut?". (Jawapannya, nyamuk).

2. Murid bersedia untuk menjawab teka-teki secara individu dan memberikan jawapan.

3. Guru membunyikan suara nyamuk dan murid dapat meneka.

4. Guru mempamerkan gambar nyamuk aedes kepada murid rabun.

5. Murid melihat gambar nyamuk aedes dan mendengar penerangan guru.

6. Guru bertanyakan tentang nyamuk aedes iaitu "Bagaimana mengelak daripada gigitan nyamuk?".

7. Murid menjawab soalan guru dengan memberikan jawapan berikut, "Menggunakan ubat nyamuk, aerosol penyembur serangga dan menggunakan kelambu".

8. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid pernah melihat nyamuk aedes di televisyen melalui iklan dan bagi murid buta pernah dengar tentang bahaya demam denggi melalui radio.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan gambar nyamuk aedes dan memperkenalkan pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan nyamuk yang membahayakan semua.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru meminta murid membaca teks petikan yang diedarkan dengan intonasi yang betul. 2. Guru menerangkan beberapa makna yang sukar difahami oleh murid dalam teks. 3. Guru menyenaraikan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan meminta murid memberikan jawapan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Langkah Kedua
Guru mengedarkan lembaran kerja soalan kefahaman dan menyuruh murid membuat soalan kefahaman berpandukan petikan. Murid membuat latihan.
Langkah Ketiga
Guru meminta murid membaca petikan secara individu dengan intonasi yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid dibantu oleh guru dalam menjawab soalan pemahaman mengikut susunan yang betul.
Latihan Kendiri
Murid membaca petikan secara individu.

Penutup Pengajaran

Guru membuat kesimpulan isi pelajaran dan memberikan pujian kepada murid yang dapat menjawab semua soalan dengan betul.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat mengetahui bahaya nyamuk Aedes dan berhati-hati dengan wabak penyakit denggi.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 2726 kali