Diterbitkan Suku kata terbuka (ca,ci,cu).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.1 Membina dan membaca suku kata. 6.2 Menulis dan menyalin huruf, suku kata dan perkataan secara terkawal.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran hari ini ialah membina dan membaca suku kata terbuka ‘kv’ iaitu ‘ca,ci,cu’.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: 1. Membina dan membaca suku kata terbuka ‘kv’’ca,ci,cu’. 2. Menyalin dan menulis suku kata terbuka tersebut dengan cara yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat dan menyebut cacing, cuci, cili, ciku, cuka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid di tunjukkan suku kata terbuka‚‘ca, ci, cu‘. 2. Murid mengeja suku kata terbuka secara beramai-ramai. 3. Murid mengeja suku kata terbuka secara individu. 4. Murid membaca suku kata bersama guru. 5. Murid membaca suku kata terbuka yang digabung menjadi perkataan. 6. Murid dikehendaki memadankan bunyi awal suku kata terbuka dengan gambar (murid perlu mengikat kad suku kata terbuka dan kad gambar untuk digantungkan). 7. Murid diberikan lembaran kerja untuk menulis suku kata terbuka
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja, ayat pendek dengan suku kata terbuka, kad suku kata, kad gambar dan power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Bersoal jawab tentang gambar yang di tunjukkan oleh guru iaitu ‘ciku’.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Murid dan guru bersoal jawab tentang beberapa teka teki yang berkaitan dengan perkataan ‘cuci, cacing, cuci, cili, ciku dan cuka’.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad suku kata terbuka ‘ca, ci, cu’. 2. Guru memberitahu bahawa pembelajaran pada hari ini berkaitan dengan suku kata tersebut.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid di tunjukkan suku kata terbuka‚‘ca, ci, cu‘. 2. Murid di minta mengeja suku kata terbuka secara beramai-ramai. 3. Kemudian, murid mengeja suku kata tersebut secara individu. 4. Seterusnya, murid ditunjukkan kad ayat mudah yang mempunyai perkataan dengan suku kata terbuka (mereka mengeja dan membaca ayat mudah tersebut).
Langkah Kedua
1. Murid di tunjukkan kad gambar dan kad huruf. 2. Murid di kehendaki memadankan kad gambar dan kad suku kata terbuka. 3. Murid di kehendaki mengikat kad gambar dan kad suku kata terbuka menggunakan lubang yang telah di sediakan.
Langkah Ketiga
1. Murid di tunjukkan power point suku kata terbuka. 2. Murid mengeja dan membunyikan suku kata. 3. Murid juga menyebut gambar-gambar yang bermula dengan suku kata ‘ca, ci, cu’

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid di berikan buku kerja yang mempunyai suku kata kv iaitu ‘ca, ci, cu’. 2. Murid mengeja suku kata terbuka ‘kv’ yang di tunjukkan. 3. Murid menulis suku kata terbuka tersebut.
Latihan Kendiri
Murid diberikan lembaran kerja menggabungkan suku kata terbuka menjadi perkataan sebagai kerja rumah selepas mereka dapat menyelesaikan tugasan yang telah di berikan di dalam kelas.

Penutup Pengajaran

Murid di minta mengeja dan menyebut bunyi suku kata terbuka secara rawak daripada apa yang telah di pelajari.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh cuba menyenaraikan benda-benda yang bermula dengan ‘ca, ci, cu’ di sekelilingnya.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 10463 kali