Diterbitkan Suku Kata Terbuka Konsonan + Vokal (lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo, to).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Che Rahmah binti Ahmad Fauzi

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.1 Membina dan membaca suku kata. 6.2 Menulis dan menyalin huruf, suku kata dan perkataan secara terkawal.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Membina dan membaca suku kata terbuka ‘kv’ ‚‘ lo ri, ba yi, te ko, to pi, ba ju, fo to‘ adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat: i. Membina, memadan dan membaca suku kata terbuka ‘kv’. ii. Menyalin dan menulis suku kata terbuka dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah menyebut dan membunyikan perkataan dengan suku kata terbuka seperti lori, bayi, teko, kopi.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ lo ri, ba yi, te ko, to pi, ba ju, fo to“. 2. Murid mengeja dan membaca suku kata bersama guru. 3. Kemudian, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna. 4. Murid ditunjukkan suku kata terbuka yang telah dipelajari menggunakan power point. 5. Murid perlu memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna berdasarkan gambar yang diberikan. 6. Selain itu, murid diberikan lembaran kerja untuk melihat sejauh mana kefahaman murid. 7. Murid mengeja suku kata terbuka ‘kv’ dan seterusnya menulis suku kata terbuka.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja, kad suku kata terbuka “lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo, to“, kad gambar dan power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Murid ditunjukkan bahan maujud iaitu teko dan kopi.

2. Murid dan guru bersoal jawab tentang objek yang ditunjukkan sepertipakah kegunaan, dimanakah akan ditemui dan sebagainya.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru meminta murid menyebut dan membunyikan perkataan dengan suku kata terbuka seperti lori, jari, teko dan kopi. 2. Guru menyatakan perkataan tersebut adalah sama dengan pembelajaran suku kata pada hari sebelumnya iaitu suku kata terbuka.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru juga menunjukkan ‘alat permainan lori’. 2. Murid menyebut perkataan lori. 3. Guru menyatakan perkataan lori adalah daripada suku kata terbuka ‘lo’ dan ‘ri’. Maka, pelajaran pada hari ini ialah berkenaan suku kata terbuka.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo dan to“. 2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru. 3. Murid juga mengeja suku kata secara individu. 4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai. 5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna.
Langkah Kedua
1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka yang telah dipelajari dengan menggunakan power point. 2. Murid perlu memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna berdasarkan gambar yang diberikan. 3. Murid akan diberikan markah mengikut jawapan yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Murid ditunjuk cara untuk melakukan aktiviti memadankan suku kata terbuka menjadikannya enam perkataan. 2. Murid dikehendaki menulis semula perkataan yang diperoleh itu di dalam lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan lima daripada enam betul, lembaran kerja untuk kerja rumah diberikan.

Penutup Pengajaran

1. Guru menyatakan bahawa banyak lagi perkataan dengan suku kata terbuka. 2. Guru meminta murid memberikan contoh lain bagi suku kata terbuka. 3. Guru menasihatkan agar menyebutnya dengan cara yang betul iaitu dengan mulut yang terbuka.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh mengenal pasti suku kata terbuka di dalam kelas.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 24440 kali