Diterbitkan Tatabahasa – Imbuhan di, di…i dan di…kan.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Menyoal untuk mendapatkan maklumat. 5.2 Membaca dan memahami perkataan atau imbuhan di, di...i dan di...kan 8.1 Menulis bagi melengkapkan ayat dengan imbuhan di, di...i dan di...kan yang sesuai.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Penggunaan imbuhan di, di...i dan di...kan dengan betul adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat memahami konsep tatabahasa di, di..i dan di...kan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membezakan imbuhan-imbuhan lain seperti ke...an , ter...an , ber...an, ber...an...
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan kad board “roda impian” yang tertulis imbuhan awalan, apitan dan akhiran. 2. Murid memusingkan roda impian dan meneka imbuhannya. 3. Guru menggaitkan dengan imbuhan awalan, apitan dan akhiran di, di...i dan di...kan. 4. Guru menyediakan carta permainan bahasa dan kad imbasan yang tertulis dengan ayat-ayat yang berkaitan imbuhan di, di...i dan di ...kan. 5. Murid memutarkan dadu dan menentukan nombor soalan yang diperolehi. 6. Murid menjawab soalan.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad imbasan, carta permainan bahasa, buah dadu, penanda dan lembaran kerja (dalam braille disediakan).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menyediakan roda impian daripada kad board. Guru menyuruh murid memutarkan kad board “roda impian”.

2. Murid memutarkan kad board “roda impian” untuk menentukan imbuhan yang mereka perolehi.

3. Guru menanyakan imbuhan apa yang murid perolehi.

4. Murid dapat meneka imbuhan apa yang diperolehi iaitu awalan, apitan dan akhiran.

5. Guru menggaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bertanyakan kepada murid imbuhan yang mereka ketahui.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menggunakan kad board "roda impian" untuk menentukan imbuhan. 2. Guru menyediakan permainan bahasa dengan menyediakan carta permainan dan kad imbasan serta dadu. 3. Guru menyediakan soalan berkaitan imbuhan di, di...i dan di...kan dan murid menjawab.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid tentang imbuhan yang hendak dipelajari iaitu imbuhan di, di...i dan di...kan dan beberapa contoh. Antaranya ialah diingat, dimarahi dan dibiarkan (nota disediakan dalam braille). 2. Murid mendengar penerangan guru sebelum menjawab soalan yang diberikan. 3. Guru menyediakan permainan bahasa dengan imbuhan yang dipelajari hari ini. 4. Murid bersedia untuk menjawab soalan yang berkaitan imbuhan di. 5. Guru memberikan carta permainan, buah dadu (dibraillekan), dan penanda kepada murid. 6. Guru menerangkan cara bermain dengan betul permainan bahasa. 7. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan memulakan permainan bahasa. 8. Guru memberikan imbuhan yang digunakan dalam ayat adalah imbuhan di, di...i, di...kan. 9. Murid menjawab dan guru memberikan ganjaran kepada murid yang dapat menjawab dengan betul. 10. Setiap murid yang bermain permainan ini secara berpasangan membentuk tiga kumpulan dan markah akan dikira ikut kumpulan.
Langkah Kedua
1. Guru meminta murid melengkapkan imbuhan di, di...i dan di...kan pada ayat yang diberikan. 2. Guru memberikan lembaran kerja dan meminta murid isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul berkaitan imbuhan yang diberikan. 3. Guru dan murid berbincang jawapan yang betul.
Langkah Ketiga
Guru meminta murid membaca secara individu ayat yang telah lengkap dengan imbuhan dan jawapan. Murid menggunakan intonasi yang betul untuk membaca.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid ditunjuk ajar cara untuk membina ayat menggunakan imbuhan dengan betul. Guru memastikan setiap murid faham ayat yang dibina.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat menyelesaikan latihan 1 diberikan latihan 2 sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

Guru membuat kesimpulan dengan mengulangi beberapa imbuhan dan menyuruh murid mengenalpasti imbuhannya sama ada awalan, apitan dan akhiran.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menggunakan imbuhan dengan tepat pada ayat yang digunakan setiap hari. Dengan ini, dapat membetulkan penggunaan tata bahasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 11383 kali