Diterbitkan Tatabahasa – Kata Ganda Seluruh dan Separa

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
5.2 Membaca dan memahami kata ganda seluruh dan kata ganda separa dengan intonasi yang sesuai. 8.2 Menulis bagi melengkapkan ayat dengan kata ganda yang sesuai.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Penggunaan kata ganda dengan betul adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, diharap murid dapat; 1. Mengenal dna mengecam kata ganda seluruh dan kata ganda separa mengikut konteksnya. 2. Menulis kata ganda seluruh dan separa. 3. Menjawab 8 daripada 10 tempat-tempat kosong dengan kata ganda seluruh dan kata ganda separa yang dengan betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membezakan kata ganda seluruh dan kata ganda separa serta kata ganda berentak.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menerangkan kepada murid tentang kata ganda seluruh. 2. Guru memberikan kepingan kad imbasan yang tertulis kata ganda dan meminta murid memilih kata ganda yang sesuai. 3. Guru memperkenalkan kata ganda separa. 4. Guru menunjukkan contoh kata ganda separuh kepada murid. 5. Murid perlu mengecam dengan memilih perkataan gandaan ikut kategori yang ditentukan oleh guru. 6. Murid perlu membaca dengan menyebut perkataan kata ganda yang dipilih.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja (dalam bentuk braille bagi buta), kad imbasan, kertas braille dan mesin braille.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mengedarkan kepingan kad imbasan yang tertulis kata ganda dan beberapa perkataan.

2. Murid menerima kad imbasan yang tertulis kata ganda dan beberapa perkataan.

3. Guru meminta murid memilih kata ganda yang sesuai bagi perkataan tersebut.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru membantu murid mengulangkaji pelbagai kata ganda yang tertulis dalam tulisan biasa dan braille.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan kad imbasan kata ganda kepada murid. Guru menyatakan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan kata ganda.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid tentang kata ganda seluruh dan kata ganda separa. 2. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. 3. Guru meminta murid menyenaraikan kata ganda seluruh dari buku teks tahun 5. 4. Murid menyenaraikan kata ganda yang terdapat dalam teks cerita. Contohnya, anai-anai, cita-cita, kata-kata dan benar-benar.
Langkah Kedua
1. Guru menerangkan beberapa kata ganda separa kepada murid daripada nota yang diedarkan dan murid mendengar penerangan guru. 2. Guru memberikan (kad imbasan) dan meminta murid menyenaraikan kata ganda separa. Contoh, daun – dedaun, laki- lelaki dan labah – lelabah. 3. Murid dapat menyenaraikan dengan betul mengikut susunan.
Langkah Ketiga
1. Guru menyediakan latihan isikan tempat kosong dengan kata ganda seluruh dan kata ganda separa yang sesuai. 2. Murid membuat latihan isikan tempat kosong dengan kata ganda seluruh dan kata ganda separa. 3. Guru menyuruh murid melengkapkannya dengan jawapan yang betul dan guru membantu menyemak jawapan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid ditunjuk ajar cara untuk membuat ayat menggunakan kata ganda dengan betul. Guru memastikan setiap murid faham ayat yang dibina menggunakan kata ganda.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat menyelesaikan latihan 1 diberikan latihan 2 sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

Guru merumuskan isi pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Murid dapat menggunakan kata ganda seluruh dan separa dengan betul dalam membentuk ayat yang mudah. 2. Dapat menggunakan tata bahasa dengan betul dalam percakapan seharian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 13960 kali