Diterbitkan Tatabahasa – Simpulan Bahasa.

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Menyoal untuk mendapatkan maklumat. 5.2 Membaca dan memahami konteks simpulan bahasa dan memahami makna perkataan dengan betul. 8.1 Menulis bagi melengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang sesuai.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Penggunaan simpulan bahasa dengan betul adalah isi pelajaran pada hari ini.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, diharap murid dapat; 1. Memahami simpulan bahasa mengikut konteksnya. 2. Memadankan simpulan bahasa sekurang-kurangnya 4 betul dalam latihan isikan tempat kosong.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membezakan penjodoh bilangan dengan perumpamaan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru memberikan beberapa kad imbasan yang tertulis dengan simpulan bahasa, bandingan semacam dan penjodoh bilangan. 2. Guru meminta murid memilih simpulan bahasa dan murid memilihnya. 3. Guru memberikan kad imbasan simpulan bahasa dan meminta murid mencantumkan menjadikan perkataan simpulan bahasa yang lengkap. 4. Guru memberikan lembaran kerja dan meminta murid isikan tempat kosong dengansimpulan bahasa yang betul berpandukan ayat. 5. Murid menjawab satu persatu.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja (dalam bentuk braille bagi buta), kad imbasan , kertas braille dan mesin braille.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru memberikan beberapa kad yang tertulis simpulan bahasa ,penjodoh bilangan dan bandingan semacam (dalam bentuk braille kepada murid buta).

2. Guru meminta murid memilih ikut kategori masing-masing dan menentukan yang mana satu adalah simpulan bahasa.

3. Murid memilih simpulan bahasa dengan betul.

4. Guru meminta murid membaca simpulan bahasa yang tertulis di kad tersebut.

5. Guru menggaitkan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru membantu murid mengulangkaji simpulan bahasa yang tertulis dalam tulisan biasa dan braille.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan kad imbasan simpulan bahasa kepada murid. Guru menyatakan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan simpulan bahasa.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1.Guru menerangkan beberapa simpulan bahasa daripada nota yang diedarkan dan murid mendengar penerangan. 2. Guru meminta murid membuat lembaran kerja pertama. 3. Murid secara berpasangan mencari jawapan. 4. Guru membantu murid dalam menyemak jawapan. 5. Guru meminta murid membaca semula simpulan bahasa yang murid telah susun.
Langkah Kedua
1. Guru memberikan lembaran kerja kedua dan meminta murid menuliskan jawapan. 2. Setiap murid menerima lembaran kerja. 4. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan yang betul satu persatu. 5. Guru menerangkan maksud simpulan bahasa dengan lebih terperinci supaya murid faham dengan baik.
Langkah Ketiga
Guru meminta murid membaca secara individu ayat yang lengkap dengan simpulan bahasa menggunakan intonasi yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid ditunjuk ajar cara untuk membina ayat menggunakan simpulan bahasa dengan betul. Guru memastikan setiap murid faham ayat yang dibina.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat selesaikan latihan 2 diberikan latihan 3 sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

1. Guru meminta murid tertentu ke hadapan dan bersoal jawab kembali tentang simpulan bahasa kepada kawan-kawan lain. 2. Guru menggalakkan murid menggunakan simpulan bahasa.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menggunakan simpulan bahasa pada ayat yang digunakan setiap hari. Dengan ini, dapat membetulkan penggunaan tata bahasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6760 kali