Diterbitkan Tatabahasa (Tanda Baca).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani A/P Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Belajar penggunaan "tanda baca" dengan betul.
Objektif: 
Di akhir pelajaran, murid dapat; 1. kenal dan cam tanda baca mengikut konteksnya. 2. Membezakan tanda baca dengan jenis ayat dan dapat menggunakan tanda banca dnegan betul ke dalam satu-satu ayat (latihan)
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid dapat membezakan tanda baca dengan penanda wacana.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Kenal pasti tatabahasa tanda baca. 2. Baca tanda baca dengan betul. 3. Buat latihan penggunaan tanda baca dengan betul. 4. Murid diberikan kad imbasan, bagi buta (dalam braille) untuk membezakan tanda baca dengan jenis ayat.
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja (dalam braille bagi buta), Kad imbasan, Kertas braille dan mesin braille, petikan pendek (dalam braille bagi buta).

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru mengedarkan kepingan kad imbasan yang tertulis beberapa tanda baca dan simbolnya kepada setiap murid (murid buta-kad imbasan dalam bentuk braille).

2. Guru meminta murid memadankan tanda baca dengan simbol.

3. Murid memadankan tanda baca dengan simbol.

4. Guru meminta murid menyebut dot braille bagi setiap tanda baca (murid rabun dan buta).

5. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru mengulangkaji dengan murid tanda baca dan simbolnya dalam tulisan biasa dan braille. 2. Murid menulis tanda baca di papan hitam dan tulisan braille (bagi buta) dan dibincang bersama rakan-rakan lain serta guru.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan kad imbasan tanda baca kepada murid. 2. Guru menyatakan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan tanda baca dengan jenis ayat.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid tentang tanda baca. Murid mendengar penjelasan guru. 2. Guru meminta murid menyenaraikan tanda baca yang murid tahu. Murid menyenaraikan beberapa tanda baca secara lisan. 3. Guru membantu dengan memberikan contoh (rujuk lembaran kerja 1).
Langkah Kedua
1. Guru meminta murid membaca edaran lembaran kerja dan melengkapkan ayat dengan menggunakan tanda baca 2. Murid menerima edaran lembaran kerja dan membaca dahulu sebelum membuat latihan. 3. Guru membantu murid dan murid melengkapkan ayat dengan tanda baca (rujuk lembaran kerja 2).
Langkah Ketiga
Guru meminta murid membaca secara individu ayat yang lengkap dengan tanda baca menggunakan intonasi yang betul.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Murid ditunjuk cara untuk menjawab soalan melengkapkan tanda baca dengan betul. Murid menjawab soalan lembaran kerja.
Latihan Kendiri
Murid yang dapat menyelesaikan latihan 1 diberikan latihan 2 sebagai kerja rumah.

Penutup Pengajaran

1. Guru memilih murid tertentu ke hadapan dan bersoal jawab kembali tentang tanda baca kepada kawan-kawan mereka. 2. Guru menggalakkan murid menggunakan tanda baca yang betul pada setiap ayat.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid dapat menggunakan tanda baca pada ayat yang digunakan setiap hari. Dengan ini, dapat membetulkan penggunaan tata bahasa.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 4458 kali