Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4.
2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid menghasilkan corak cetakan yang kreatif menggunakan ibu jari membentuk burung.
Objektif:
Di akhir pelajaran, murid dapat;
1. Menyedari ibu jari juga boleh digunakan sebagai bahan seni untuk menghasilkan corak.
2. Melalui cetakan juga dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata semasa mencetak.
3. Menghasilkan corak berulang melalui teknik cetakan dengan menggunakan warna kegemaran serta kebersihan semasa menjalankan aktiviti.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid-murid pernah melihat corak-corak seperti corak batik serta pernah membuat cetakan sebelum ini.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru menyediakan kertas lukisan dan warna.
2. Guru meletakkan warna pada setiap ibu jari murid.
3. Murid mencetakkan pada kertas lukisan menggunakan ibu jari yang disapukan warna.
4. Mencetak ikut kegemaran murid.
5. Guru membimbing murid dalam mencetak.
6. Selepas selesai mencetak murid mengeringkannya.
7. Melukis di atas cetakan ibu jari membentuk burung dengan melukis mata, kaki dan ekor.
8. Cetakan ibu jari membentuk burung secara kreatif.
Bahan Bantu Mengajar:
Warna air (poster colour), kertas lukisan, alat pembancuh, berus, ibu jari dan pensil warna.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru menilai hasil kerja murid.
2. Guru memuji hasil kerja semua murid dan murid rasa gembira.









