Diterbitkan Teknik Gosokan (Membuat Kad Ucapan).

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Bavani a/p Ganason

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menghasilkan kad ucapan (Hari raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Krismas, Kad Hari Guru, Kad Hari Ibu dan Bapa) yang kreatif.
Objektif: 
Di akhir pelajaran,murid dapat; 1. Menyedari bahawa di sekeliling mereka ada pelbagai permukaan iaitu permukaan kasar, permukaan licin, permukaan kesat dan sebagainya. 2. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalam kegiatan mengosok, memotong dan menampal. 3. Menghasilkan kad ucapan yang ditampal dengan lakaran teknik gosokan yang menarik.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat atau menghantar kad ucapan kepada ibu, bapa, guru dan kawan.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menyediakan kertas lukisan dan warna. 2. Guru menunjukkan teknik mengosok dengan menggunakan pensil warna. 3. Murid mengosok dengan menggunakan pensil warna. 4. Murid rasakan dengan sentuhan lakaran gosokan (murid rabun). 5. Menguntingkan bentuk-bentuk kegemaran dengan bantuan guru (murid rabun). 6. Guru menyediakan kad ucapan yang kosong dari manila kad. 7. Murid dengan bentuan guru menampalkan lakaran gosokan yang digunting bagi menghiasi kad. 8. Guru meletakkan gam dan murid melekatkannya. 9. Murid menulis nama (murid rabun gunakan tulisan braille) dan hiasi kad.
Bahan Bantu Mengajar: 
Kad manila, kertas lukisan, gam, gunting, pensil warna, duit syiling, pensil dan pemadam.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Guru menunjukkan beberapa contoh kad ucapan yang digunakan semasa perayaan tertentu dan berbincang dengan murid tentang kegunaan kad tersebut.

2. Murid mendengar penjelasan guru dan melihat dengan teliti contoh kad yang diedarkan oleh guru.

3. Murid menceritakan serba sedikit tentang kad raya yang pernah dihantar kepada kawan.

4. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh-contoh kad ucapan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang kad ucapan yang dilihat dan dirasakan dengan sentuhan itu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid). 2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, kad ucapan.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkannya. 2. Murid mendengar dengan teliti arahan guru. 3. Guru mengedarkan bahan-bahan untuk membuat teknik gosokan bagi menghasilkan lakaran yang menarik. 4. Guru menunjukkan contoh teknik gosokan yang dihasilkan oleh guru dan murid melihatnya. 5. Guru menunjukkan kepada murid cara menghasilkan gosokan dengan pensil warna dengan memegang tangan murid. 6. Guru meminta murid meletakkan kertas lukisan atas permukaan yang kasar dan membuat teknik gosokan menggunakan pensil warna. 7. Pensil warna digosokkan kanan ke kiri secara selaras supaya lakaran teknik gosokan terbentuk. 8. Murid membuat teknik gosokan dengan bantuan guru.
Langkah Kedua
1. Teknik gosokan yang dihasilkan oleh murid di atas kertas lukisan akan dilukis dengan bentuk-bentuk kegemaran murid di atas gosokan tersebut dengan bantuan guru. 2. Guru membantu murid melukis beberapa bentuk mengikut kad ucapan yang hendak dihasilkan oleh murid. 3. Guru membantu murid mengguntingkan bentuk-bentuk tersebut (murid rabun). 4. Guru menyediakan kad ucapan dan kad manila untuk murid menampalkan bentuk-bentuk tersebut. 5. Murid menampal dengan meletakkan gam terlebih dahulu sedikit demi sedikit sambil diperhatikan oleh guru.
Langkah Ketiga
1. Guru meminta murid menghasilkan sekeping kad ucapan yang menarik. 2. Guru menunjukkan contoh kad ucapan yang dihasilkan olehnya. 3. Murid menghasilkan kad ucapan perayaan atau kad hari guru, ibu bapa dan sebagainya dengan menampalkan bentuk-bentuk teknik gosokan. 4. Guru meminta murid menulis perkataan dalam kad ucapan. Murid rabun dan buta menggunakan tulisan braille.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing membuat teknik gosokan. 2. Guru memegang tangan murid dan menunjukkan cara yang betul untuk mengosok dari kanan ke kiri secara berlahan-lahan. 3. Guru juga menunjukkan cara memegang pensil warna dengan betul sebelum membuat teknik gosokan supaya lakaran gosokan dapat dilihat dengan jelas dengan sentuhan (murid rabun).
Latihan Kendiri
Murid dapat membuat teknik gosokan dan menghasilkan kad ucapan yang kreatif dengan sendiri.

Penutup Pengajaran

1. Guru menilai hasil kerja murid. 2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain. 3. Guru memuji hasil kerja semua murid.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
1. Dengan penghasilan teknik gosokan, murid dapat membezakan permukaan licin, kasar dan kesat. 2. Melalui penghasilan kad ucapan sendiri, murid dapat mengetahui kad ucapan boleh dibuat sendiri dan dihantar kepada sesiapa sahaja dengan menggunakan kos yang rendah. 3. Murid juga mengetahui kepentingan menghantar kad ucapan.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 22826 kali

Komen-komen

Saya suka dengan rancangan

Saya suka dengan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran yang disediakan.

Komitmen yang tinggi menjamin keberkesanan dan kejayaan objektif pengajaran.

saya amat berterima kasih

saya amat berterima kasih dengan adanya e-pengajaran ini yang banyak membantu saya memulakan tugsa sebagai seorang pendidik pendidikan khas,pada yang lain gunakanlah e-laman ini kerana ia cukup kreatif dan lengkap untuk sumber rujukan