Diterbitkan Tempat Pelancongan di Kuala Lumpur

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Rosidah bt Md Daud, Ramiza bt Ramly dan Malikah bt Mohamad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
4.5 Membaca dan memahami bahan yang di baca. 7.3 Mengaplikasikan kemahiran berbahasa menerusi penggunaan teknologi maklumat.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Dapat membaca dan memahami petikan yang di berikan serta mengaplikasikan kemahiran berbahasa menerusi penggunaan powerpoint.
Objektif: 
1. Dapat membaca dan memahami petikan dengan betul. 2. Menyatakan sekurang-kurangnya lima tempat perlancongan di Kuala Lumpur dengan betul. 3. Melengkapkan latihan yang di berikan dengan jawapan yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Pelajar pernah menonton di televisyen tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur atau pernah pergi ke tempat-tempat tersebut.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Menonton rakaman video lawatan ke tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur. 2. Membaca petikan pendek melalui paparan yang di sediakan. 3. Melayari menerusi powerpoint tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur. 4. Menamakan tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur berpandukan gambar yang diberi. 5. Menyesuaikan kad perkataan dengan gambar. 6. Melengkapkan ayat berpandukan pilihan perkataan yang diberikan. 7. Melengkapkan petikan dengan memilih perkataan yang betul
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Low Technology seperti kad perkataan, gambar dan lembaran kerja. 2. High Technology iaitu power point.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1. Pelajar menonton rakaman video lawatan ke tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur.

2. Murid di soal tentang tempat-tempat yang di pamerkan menerusi video.

3. Hasil jawapan pelajar, guru mengaitkan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Mari melancong di Kuala Lumpur

Powerpoint yang menunjukkan kawasan pelancaongan di Kuala Lumpur. Disediakan oleh Rosidah bt Md Daud,Ramiza bt Ramly dan Malikah bt Mohamad. Dibimbing oleh Dr Lee Lay Wah.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid memberitahu nama-nama tempat pelancongan di Kuala Lumpur yang mereka tahu.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Pelajar di minta membaca petikan pendek melalui paparan yang di sediakan oleh guru. 2. Pelajar boleh mengulangi bacaan melalui rakaman menerusi slaid ke-5 dengan menekankan butang “Baca” pada papan kekunci.

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Pelajar diminta melayari menerusi powerpoint tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur melalui slaid no.9 hingga slaid no.19. 2. Kemudian, murid disoal oleh guru tentang tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur. 3. Pelajar di tunjukkan gambar-gambar tempat perlancongan di Kuala Lumpur. 4. Pelajar di minta menamakan tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur berpandukan gambar yang di beri. 5. Guru membimbing pelajar melakukan aktiviti tersebut. 6. Guru mempamerkan kad perkataan di papan putih. 7. Pelajar di minta menyesuaikan kad perkataan dengan gambar.
Langkah Kedua
1. Pelajar di minta membuat latihan melengkapkan ayat berpandukan pilihan perkataan yang di berikan. 2. Pelajar di minta ”klik” pada pilihan jawapan yang di sediakan. 3. Pelajar yang lemah akan di bimbing oleh guru.
Langkah Ketiga
1. Pelajar di berikan petikan. 2. Pelajar di minta melengkapkan petikan dengan memilih perkataan yang betul dengan “klik” pada butang yang sesuai. 3. Setiap jawapan yang betul akan mendapat rangsangan dan ganjaran. 4. Untuk membuat latihan ini pelajar di minta menjawab petikan melalui slaid no.33 hingga slaid no.36.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru membimbing pelajar menamakan tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur berpandukan gambar yang di beri.
Latihan Kendiri
1. Pelajar di minta menyesuaikan kad perkataan dengan gambar. 2. Pelajar membuat latihan melengkapkan ayat berpandukan pilihan perkataan yang di berikan.

Penutup Pengajaran

1. Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai tajuk pada hari ini. 2. Guru membuat rumusan mengenai tajuk pada hari ini iaitu tempat-tempat perlancongan di Kuala Lumpur. 3. Pelajar diperdengarkan dengan lagu Kuala Lumpur. 4. Semua pelajar di minta mengikut dan menghayati lirik lagu tersebut.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Pelajar akan dapat mengenali tempat-tempat pelancongan di Kuala Lumpur dengan lebih mendalam.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 6406 kali