Bidang:
Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Aras:
Domain:
- Perancangan Sebelum Pengajaran
- Permulaan Pengajaran
- Penyampaian Isi Pelajaran
- Penilaian
- Penutup Pengajaran
- Aktiviti Lanjutan
Perancangan Sebelum Pengajaran
Sukatan Pelajaran:
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4.
2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini:
Murid menghasilkan tiupan warna dan kolaj hidupan laut.
Objektif:
Di akhir pelajaran, murid dapat;
1. Menghasilkan kolaj hidupan laut yang kreatif.
2. Menyedari corak boleh dihasilkan melalui titisan dan tiupan warna air di atas permukaan kertas dalam pelbagai corak.
3. Mempelajari teknik meniup dengan menggunakan tenaga mereka sendiri.
4. Meningkatkan kawalan psikomotor murid dalam menampal.
Kemahiran Sedia Ada:
Murid-murid mengenali warna dan hidupan laut seperti sotong, ikan , udang, ketam dan sebagainya.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:
1. Guru menerangkan tentang hidupan laut.
2. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan seperti warna air, kertas lukisan dan penyedut minuman.
3. Murid menerima bahan-bahan yang diperlukan.
4. Guru menunjukkan cara membancuh warna dengan betul.
5. Murid memilih warna kegemaran dan membancuh dengan bimbingan guru.
6. Guru menunjukkan cara mengambil warna dan meletakkan pada kertas lukisan dan cara meniup dengan betul.
7. Murid ikut arahan guru meletakkan warna dan meniup dengan menggunakan tenaga mereka.
8. Melukis bentuk-bentuk hidupan laut dengan bantuan guru dan menguntingkannya.
9. Menampalkan bentuk-bentuk yang digunting mewujudkan kolaj hidupan laut.
Bahan Bantu Mengajar:
Warna air, berus, bekas air, pembancuh warna, kertas lukisan, gunting, gam ,pensil, penyedut minuman dan kertas warna.
Permulaan Pengajaran
Penyampaian Isi Pelajaran
Penilaian
Penutup Pengajaran
1. Guru menilai hasil kerja murid.
2. Murid sama-sama melihat dan merasakan dengan sentuhan hasil kerja kawan-kawan lain.
3. Guru memuji hasil kerja semua murid.









