Draf Tulisan (Rangkai kata)

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nur Azimah Ahmad

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
6.6.1 Rangkai kata
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pengajaran dan pembelajaran hari ini adalah untuk menambah perbendaharaan kata murid dalam rangkai kata.
Objektif: 
Membolehkan murid : 6.6 menyusun dan menulis semula rangkai kata supaya menjadi rangkai kata yang betul
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menulis.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Membaca kad 2. Menulis rangkai kata 3. Mencari rangkai kata
Bahan Bantu Mengajar: 
Lembaran kerja, kad perkataan.

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

Guru bertanya khabar dan bermesra dengan murid-murid untuk menenangkan keadaan kelas supaya murid bersedia untuk proses pembelajaran.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru bersoal jawab dengan murid dengan meminta murid menyatakan perkataan rangkai kata berdasarkan benda yang terdapat di dalam bilik darjah. Contoh : buku tulis, beg sekolah,jam tangan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
Guru menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menulis. Murid menulis perkataan di dalam buku. Contoh perkataan ; cermin, baju, berus, seluar, mata, kemeja, jam, tali, tangan, gigi, pendek, pinggang

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Guru menunjukkan kad perkataan bergambar dan meminta murid membacanya. Murid membaca kad tersebut. Guru menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menulis. Murid menulis perkataan di dalam buku. Contoh perkataan ; cermin, baju, berus, seluar, mata, kemeja, jam, tali, tangan, gigi, pendek, pinggang

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
Guru menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menulis rangkai kata yang betul. Murid menulis rangkai kata di dalam buku. Contoh perkataan ; kapal, tali, cincin, terbang, emas, leher, butang, kulit, baju, kasut Contoh rangkai kata yang ditulis murid ; kapal terbang, tali leher, cincin emas, butang baju, kasut kulit
Latihan Kendiri
Guru mengedarkan lembaran kerja dan menerangkan arahan dengan jelas kepada murid. Murid menjawabnya dan murid yang memerlukan bantuan akan dibimbing oleh guru.

Penutup Pengajaran

Guru menyemak buku dan lembaran kerja murid dan murid membuat pembetulan untuk setiap kesalahan. Guru bersoal jawab dengan murid untuk membuat rumusan pelajaran hari ini.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Menasihatkan murid-murid agar menggunakan rangkai kata yang betul dalam pertuturan harian.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 3519 kali