Diterbitkan Warna Asas dan Sekunder

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: 
Nurul Syafiqah Binti Ahmad dan Wananisra Masamae

Perancangan Sebelum Pengajaran

Sukatan Pelajaran: 
1.5.1 Warna-warna Asas (biru,merah,kuning) 1.5.2 Warna-warna Sekunder (ungu,jingga,hijau)
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid menamakan warna-warna asas dan warna-warna sekunder.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1)Diberi satu gambar yang mengandungi warna-warna asas dan warna-warna sekunder, murid dapat memadankan warna-warna tersebut dengan kad perkataan dengan tepat. 2)Apabila ditunjukkan warna-warna asas dan sekunder, murid dapat menyatakan warna-warna tersebut dengan 90 peratus ketepatan. 3)Apabila ditunjukkan warna-warna asas dan sekunder, murid dapat membezakan warna-warna asas dan sekunder tanpa sebarang kesilapan.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid-murid pernah melihat warna-warna asas dan sekunder yang ingin dipelajari dipersekitaran mereka.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1) Sebutkan warna asas 2) Sebutkan warna sekunder 3) Kenal ejaan kad perkataan warna asas 4) Padankan warna-warna asas dengan ejaan kad perkataan warna asas 5) Kenal ejaan kad perkataan warna sekunder 6) Padankan warna-warna sekunder dengan ejaan kad perkataan warna sekunder 7) Bezakan warna-warna asas dengan warna-warna sekunder
Bahan Bantu Mengajar: 
1) Power point 2) Lembaran kerja 3) Video

Permulaan Pengajaran

Set Induksi
Deskripsi: 

1) Guru menyanyikan lagu bertajuk ‘Warna’ dengan memfokuskan pada warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang akan dipelajari.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Guru meminta murid menyebut kembali warna-warna yang pernah dilihat dipersekitaran mereka. Contohnya: “Apakah warna daun?”, “Apakah warna langit?” dan sebagainya.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1) Guru memperkenalkan kepada murid-murid 3 warna asas dan 3 warna sekunder iaitu: Warna-warna asas : merah,biru,kuning Warna-warna sekunder : hijau, ungu, jingga 2) Ketika warna-warna asas dan sekunder disebutkan, guru menunjukkan contoh-contoh objek yang terdiri daripada warna-warna tersebut - Hati : merah - Bulan : kuning - Awan : biru

Penyampaian Isi Pelajaran

Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
Langkah 1: 1) Guru menerangkan kepada murid bahawa warna terbahagi kepada warna asas dan warna sekunder 2) Guru memberitahu murid, warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu: - Biru - Merah - Kuning 3) Guru menyuruh pelajar nyatakan contoh-contoh lain yang mempunyai warna asas satu persatu. - biru : laut, nila, - merah : darah, gincu - kuning : garisan jalan, itik 4) Guru menjelaskan kepada murid warna sekunder juga terdapat 3 warna iaitu: - Jingga - Hijau - Ungu 5) Guru menyuruh pelajar nyatakan contoh-contoh lain atau objek yang berdekatan yang mempunyai warna sekunder satu persatu. - jingga : buah oren, betik - hijau : pokok, rumput, sayur, timun - ungu : baju
Langkah Kedua
1) Guru membaca cerita pendek yang berkaitan dengan warna iaitu bertajuk ‘Anak Itik Yang Gembira’ kepada murid. 2) Guru meminta murid menyebut warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang terdapat di dalam watak cerita tersebut. 3) Guru meminta murid menjawab soalan yang diberikan berdasarkan teks yang telah dibacakan.
Langkah Ketiga
1) Guru menyediakan latihan pengukuhan yang berkaitan dengan warna-warna asas dan warna-warna sekunder kepada murid. 2) Guru meminta murid memadankan kad perkataan dengan objek yang mengandungi warna-warna asas dan warna-warna sekunder. 3) Guru meminta murid menyebut warna-warna asas dan warna-warna sekunder yang telah dipadankan.

Penilaian

Latihan dengan Bimbingan
1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2) Lembaran kerja diasingkan mengikut tajuk yang telah diajar oleh guru: - Warna asas - Warna sekunder - Bezakan warna asas dan warna sekunder
Latihan Kendiri

Penutup Pengajaran

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai tajuk hari ini iaitu warna-warna asas dan warna-warna sekunder.

Aktiviti Lanjutan

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan
Murid boleh bermain-main dengan warna asas dan sekunder dengan mencampurkan dua warna untuk melihat hasil dengan menggunakan pensel warna atau krayon.
Penilaian pentadbir:
0
Dibaca 7586 kali